Perniagaan minyak tayar terpakai yang menyangsikan

PASIR GUDANG: Apabila para penyiasat menggeledah dasar sebatang sungai di Johor untuk mencari petunjuk dalam satu kes pembuangan kimia yang menyebabkan lebih 1,000 orang dimasukkan ke hospital awal tahun ini, mereka menemui campuran toksin, termasuk cecair tanpa warna yang biasanya dirembes apabila tayar dikitar semula.

Penemuan itu membawa penyiasat alam sekitar dan polis ke sebuah firma kecil, P Tech Resources yang terlibat dalam pirolisis – perniagaan membakar tayar-tayar lama untuk menghasilkan minyak gred rendah, yang menurut sumber-sumber industri juga biasa di tempat lain di Asia Tenggara, China dan India.

Polis mendakwa seorang pemandu lori dan ketiga-tiga pengarah P Tech kerana menyalahi undang-undang melarang pembuangan sisa secara haram. Para pengarah firma itu dan firma itu juga berdepan 15 pertuduhan atas kesalahan berhubung kawalan sisa dan pencemaran udara oleh jabatan alam sekitar.

Mereka menafikan sebarang salahlaku. Para peguam yang mewakili mereka dan polis tempatan enggan mengulas kerana prosiding mahkamah sedang berjalan.

Reuters tidak dapat menghubungi ketiga-tiga pengarah P Tech atau setiausaha syarikat itu. Hanya 4 pegawai syarikat itu tersenarai dalam dokumen yang difailkan di Suruhanjaya Sekuriti. Premis-premisnya ditutup dan panggilan ke pejabat yang berdaftar tidak terjawab.

Dokumen menunjukkan P Tech, yang didaftarkan pada 2017, mengilang dan berdagang minyak-minyak tayar.

Jika dilakukan dengan betul, dalam persekitaran terkawal, pirolisis tayar dipuji oleh industri kitar semula sebagai cara mesra alam untuk mengubah sisa rumit menjadi sumber tenaga berguna. Dalam proses itu, tayar dipanaskan tanpa oksigen dan gas-gasnya dimampatkan menjadi minyak bermutu rendah yang boleh digunakan dalam asfalt atau minyak bahan api, bergantung pada ketulenannya.

Beberapa firma di Eropah dan Amerika Syarikat membangunkan teknologi untuk mengehadkan pengeluaran wasap dan sisa daripada pirolisis, tetapi pendekatan mesra alam itu tidak mendapat kejayaan komersial yang meluas kerana margin yang rendah, kata pakar-pakar industri.

Reuters pergi ke premis-premis P Tech. Timbunan bandela tayar, serombong tinggi, dan kolam kotor boleh dilihat di sebalik pintu pagar tertutup.

Pekerja-pekerja berjiranan memberitahu Reuters firma itu beroperasi di waktu malam dan kerja-kerjanya menghasilkan bau yang bertahan sehingga pagi. Tiada kakitangan P Tech

Neighbouring workers told Reuters the firm operated at night and its work produced a stench that would linger until the morning. Tiada kakitangan P Tech yang boleh sedia memberikan komen.

“Masalahnya bukan pirolisis tayar. Masalahnya salah pengurusan,” kata Menteri Alam Sekitar, Yeo Bee Yin kepada Reuters apabila ditanya mengenai industri pirolisis. Beliau maklum P Tech diberi lesen untuk pirolisis tetapi tak bercakap secara spesifik mengenai kes pembuangan sisa itu.

Yeo berkata Malaysia pernah ada “undang-undang alam sekitar yang sangat tidak ketat” dan hukuman yang sangat rendah” terhadap pelanggaran tetapi sudah meningkatkan penguatkuasaan baru-baru ini dan menutup beberapa pengendali pirolisis haram bagi menguruskan sektor itu dengan lebih baik.

Operasi belakang bangunan

Jabatan Alam Sekitar berkata 22 firma pirolisis tayar di serata negara berlesen tetapi enggan mengulas tentang angka pengendali tanpa lesen.

Lebih separuh daripada 12 sumber-sumber industri berkata pirolisis di India, China dan Asia Tenggara juga kebanyakannya operasi kecil di belakang-belakang bangunan.

Tiada data rasmi mengenai saiz perniagaan itu, yang didorong oleh permintaan sejagat yang tinggi untuk tayar-tayar yang dijangka meningkat kira-kira 3% tahun ini kepada hampir 3 bilion unit, menurut laporan oleh firma penyelidikan Freedonia yang berpusat di Cleveland, Ohio, Amerika Syarikat.

Dengan bahan mentah percuma – tayar terpakai – dan permintaan untuk minyak-minyak bukan konvensional untuk pelbagai perkara dari tar membina jalan hingga bahan api kapal, pirolisis boleh menjadi perniagaan yang lumayan walaupun pada skala kecil.

Asfalt kini dijual pada kira-kira AS$100 setan, mankala minyak bahan api dijual pada AS$400 setan.

Undang-undang tidak ketat

Seorang penduduk kampung, Zulkifly Kassim antara orang pertama yang menyedari pembuangan kimia oleh P Tech di Sungai Kim Kim di Johor pada 7 Mac lepas.

Tidak lama selepas tengah malam, dia dikejutkan oleh bau reput dan busuk. Dia keluar menyiasat dan menghalakan lampu suluh ke sungai belakang rumah.

“Saya dapat lihat air sudah menjadi hitam dan ikan tenggelam timbul,” kata Zulkifly, 50.

Beberapa minit sebelum Zulkifly terjaga, sebuah lori berhenti berdekatan jambatan di hulu sungai dan membuang sisa minyak dan mendapan ke dalam sungai, menurut kertas pendakwaan yang difailkan polis terhadap P Tech.

Dalam beberapa jam dan hari selepas pembuangan itu, wap berbahaya menyebabkan masalah pernafasan, muntah-muntah dan pening, terutama dalam kalangan kanak-kanak dan orang tua, kata pihak berkuasa.

Pengarah Kesihatan Johor, Selahudeen Aziz berkata, lebih 1,200 orang dimasukkan ke hospital dengan 26 dalam rawatan rapi. Empat belas orang dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedar.

Pelabuhan sekitar Johor dan Singapura di mana pembuangan pada Mac itu berlaku merupakan hab pengisian semula marin yang sangat penting di dunia.

Dua pedagang minyak di Singapura, yang tidak mahu dinamakan, memberitahu Reuters bahawa minyak dari pirolisis tayar Malaysia ditawarkan di pasaran dalam beberapa bulan kebelakangan ini daam sektor minyak marin, yang dikenali sebagai bahan api bunker.

Beliau berkata pengadunan minyak seperti itu ke dalam bahan api bunker semakin meningkat kerana peraturan-peraturan yang akan diperketatkan tahun depan telah meningkatkan harga tanda aras bahan api bunker ke tahap musim tertinggi berbanding beberapa tahun yang lalu.