Lisa Blackpink jadi artis K-pop pertama miliki 20 juta pengikut

Ahli kumpulan Blackpink iaitu Lisa menjadi artis K-pop pertama memiliki 20 juta pengikut di laman Instagram.

Menurut portal Soompi, pada April lalu dia memiliki 17.5 juta pengikut dan angka itu terus bertambah kepada 20 juta bulan ini.

Penyanyi berusia 22 tahun ini mula mendaftar di aplikasi tersebut pada bulan Jun 2018 dan pencapaiannya itu disifatkan luar biasa kerana diraih dalam masa kurang setahun.

Rata-rata pengikut turut teruja dan berharap Lisa akan terus berkongsi foto-foto indah di laman tersebut.

Hasil pemerhatian mendapati Lisa sudah memuat naik sebanyak 277 foto dan kerap berkongsi gambar menarik ketika dia mengadakan persembahan di seluruh dunia.

Selain Lisa, kumpulan ini turut dianggotai oleh Jennie, Jisoo dan Rose.

Blackpink menjadi kumpulan berasal dari Korea Selatan yang dikenali serata dunia.

SUMBER: Soompi

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]