Roti susu kurma pasti bangkit selera pagi raya anda!

Menjelang hari raya Aidilfitri tidak lama lagi, sudah pasti pelbagai juadah telah disenarai sebagai hidangan kepada tetamu serta keluarga.

Turut tidak ketinggalan Massimo yang mengeluarkan produk terbaharu Roti Massimo Kurma Susu yang sesuai untuk hidangan berkhasiat di pagi lebaran, sekaligus memastikan anda terus kekal bertenaga sepanjang hari.

Setiap kepingan roti mengandungi tepung gandum berprotein tinggi dengan buah kurma berkualiti terbaik diimport khas dari Timur Tengah yang pastinya mampu memikat selera anda ditambah pula dengan aromanya dan rasa manis berkaramel.

Masa terbaik adalah dengan menikmati roti berkhasiat ini bersama seisi keluarga dan dihidangkan pula dengan minuman panas kegemaran anda.

Cicah dengan kuah kari pun apa salahnya,betul-betul menyelerakan!

Sarapan yang sihat dan kaya dengan nutrien ini mampu menjadikan anda terus aktif sepanjang masa.

Roti Massimo Kurma Susu boleh dinikmati bersama keluarga.

Ingatlah untuk mendapatkan sebungkus roti keluaran terbaharu ini supaya anda dapat menikmatinya bersama keluarga.

Massimo yang diperkenalkan sejak 2011 memastikan kebaikan dalam setiap gigitan, dari rasa dan tekstur memenuhi piawaian kecemerlangan jenama dan warisannya.

Roti kegemaran ramai ini boleh didapati di pasaraya besar dan kedai runcit di kawasan berhampiran anda.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]