10 kuih raya tradisi kegemaran ramai

Bila datang beraya ke rumah saudara atau jiran-jiran, pasti perkara pertama yang biasanya akan dibuat adalah mencari kuih raya yang paling best.

Niat nak menziarah memang sudah pasti, tetapi apa salahnya setahun sekali menikmati pelbagai kuih raya yang ada, dan ada di antaranya hanya ada pada hari Raya.

Berikut adalah beberapa kuih atau biskut raya yang selalu menjadi pilihan tetamu.

1.Almond London – biskut bersalut coklat dengan intinya kacang badam.

2.Tart nanas – pastri rapuh dengan jem nanas di dalamnya.

3.Popia simpul kasih – kulit popia disimpul dengan isi serunding ayam atau daging.

4. Cornflakes madu – kepingan cornflakes yang digoreng kilas bersama madu.

5. Semprit – kuih tradisional menggunakan bahan mentega, tepung dan esen vanila.

6. Sarang semut – kanak-kanak paling suka kuih ini, ia rapuh dan sedap.

7. Biskut suji – lemak-lemak manis dan cair bila di masukkan ke dalam mulut.

8. Biskut dahlia – sama seperti kuih semprit cuma ia diacu menjadi bunga.

9. Kuih ros – rangup dan manis, kuih paling nostalgia di hari Raya.

10. Rempeyek – lagi banyak kacang, lagi sedap!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]