Apa perlu buat jika perut tidak selesa pada 1 Syawal?

Apabila tamat bulan Ramadan, pastinya orang Islam akan menyambut Aidilfitri dengan kemeriahan makanan tradisi yang dihidangkan.

Seperti biasa tuan rumah akan meminta anda untuk menjamu makanan yang disediakan.

Jadi sebagai tetamu, anda perlu menjamahnya dengan kuantiti yang sedikit bagi memberi ruang kepada perut anda untuk menerima makanan lain di rumah saudara yang lain pula.

Namun apabila perut anda tidak dapat menerima perubahan dari bulan Ramadan ke Syawal, ia akan mendatangkan ketidakselesaan pada tubuh badan untuk menziarah sanak saudara yang lain.

Berikut tips yang boleh digunakan untuk ada supaya tahu apa yang perlu dilakukan jika perut anda berasa sebu, dan tidak selesa.

1. Makan Pil Arang Aktif

Boleh dapatkan di mana-mana farmasi atau kedai ubat-ubatan. Pil arang aktif dipercayai mampu mengurangkan gas dan rasa kembung perut.

2. Minum Sebelum Makan

Buah-buahan elok dimakan sebelum menjamu menu utama.

Lancarkan penghadaman dengan minum segelas air terlebih dahulu sebelum muka menjamah hidangan.

Tips ini dapat mempercepat pencernaan makanan dalam perut. Jangan minum berselang dengan makan kerana ia menghilangkan asid perut seterusnya menyukarkan pencernaan.

3. Jangan Gelojoh Kunyah dan Telan Makanan

Sedap macam mana pun sesuatu makanan yang dihidangkan, anda perlu kunyah makanan tersebut perlahan-lahan supaya makanan itu cukup hancur dan mudah dihadam tubuh badan anda.

4. Elak Minuman Soda

Musim raya ini kalau boleh memang semua nak mudah. Ramai tuan rumah yang hidangkan minuman segera seperti air soda/gas sebab tak perlu bancuh.

Namun, harus berhati-hati jika perut kamu mudah meragam.

Sila elak ambil minuman berkarbonat sebaliknya minum sahaja air kosong untuk lancarkan penghadaman.

5. Cuka Epal

Boleh campurkan satu hingga dua sudu cuka epal dalam minuman seperti air kosong atau teh dan minumnya dahulu sebelum pergi beraya atau ke rumah terbuka.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]