Halang kanak-kanak menunjuk perasaan tidak berperlembagaan, kata wakil rakyat

(Facebook pic)

PETALING JAYA: Seorang ahli Parlimen menyambut baik Kementerian Pendidikan mengesahkan tiada tindakan akan diambil terhadap 11 murid-murid yang menyertai tunjuk perasaan perubahan iklim, kerana menghalang orang bawah usia 15 tahun menyertai tunjuk perasaan bawah Akta Perhimpunan Aman adalah tidak berperlembagaan.

Seramai 11 murid-murid SJK(T) Sg Ara di Pulau Pinang menyertai tunjuk perasaan terhadap perubahan iklim dan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) di bazar Ramadan di Bayan Baru minggu lepas.

Susulan tunjuk perasaan itu, Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Vino Dini Chandragason menuduh kumpulan alam sekitar mengeksploitasi kanak-kanak bawah umur, kerana ia menyalahi Akta Kanak-kanak.

Vino menggesa polis menyiasat tunjuk perasaan itu dan sama ada ia diadakan secara sah dan mempunyai permit.

Tetapi Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh berkata tiada bukti menunjukkan kanak-kanak itu dieksploitasi. Beliau berkata eksploitasi dan kebebasan bersuara kanak-kanak adalah perkara berbeza.

Vino Dini Chandragason.

Beliau berkata APA melarang orang bawah usia 15 tahun menyertai tunjuk perasaan tetapi ia bertentangan dengan kebebasan yang dijamin bawah Perlembagaan Persekutuan, yang terpakai pada semua warganegara tanpa mengira usia.

“Campurtangan kerajaan dalam pekara itu hanya menanam rasa takut yang mungkin membawa mereka kepada menunjuk rasa secara tidak sihat,” katanya dalam kenyataan.

“Kita patut berhubung dengan kanak-kanak dan secara rasional memujuk mereka menerima pandangan kita selepas perdebatan yang bermakna, bukan menanam ketakutan dalam diri mereka bahawa mereka akan disiasat kerana menyuarakan pandangan.”

Beliau berkata kanak-kanak tidak patut ditegah menyuarakan pandangan walaupun pandangan itu menjejaskan kerajaan.

PTMP merupakan suatu pelan bernilai RM46 bilion untuk membina lebuh raya, laluan kereta api dan mod pengangkutan awam lain dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.

Ia akan dibiayai oleh pembidaan 3 pulau buatan yang belum ditambak seluas 4,500 ekar (1,821 hektar).