Kegembiraan Syawal dikongsi di media sosial

Kemeriahan Aidilfitri yang disambut bersama keluarga sudah pasti mempamerkan kegembiraan kerana dapat berkumpul bersama sanak saudara.

Mana tidaknya, hanya musim perayaan sahaja yang membolehkan semua bercuti bersama-sama dan berkumpul bagi mengeratkan silaturrahim, termasuk bagi mereka yang jauh di perantauan dan luar negara pulang ke desa semata-mata kerana ingin menyambut hari raya.

Kegembiraan itu kini kebiasaannya akan dikongsi bersama rakan-rakan dan kenalan melalui laman sosial Instagram dan Facebook dengan memuat naik gambar yang diambil bersama keluarga.

Namun tidak ketinggalan, ada juga golongan muda khususnya lebih teruja untuk memuat naik gambar pakaian raya yang lebih dikenali sebagai “Outfit Of The Day” atau “OOTD” dan dikongsi bersama rakan-rakan.

Ini semua mengikut trend semasa di mana apa-apa sahajayang dilakukan semua akan dimuat naik melalui laman sosial yang ada.

Tidak cukup dengan itu, pasti kemeriahan ini akan dibuat secara “live update” di laman sosial seperti “Insta Story”, “Status Whatsapp” dan juga di laman Facebook.

Terpulang kepada kreativiti pengguna media sosial untuk memilih platfom mana yang mereka lebih selesa, namun yang pasti ia lebih bertujuan berkongsi kegembiraan pada hari raya!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]