Jangan biarkan poket kosong selepas raya!

Antara persediaan yang dilakukan setiap kali tibanya Aidilfitri menyediakan duit raya untuk diberikan kepada anak-anak dan kaum keluarga malah kepada anak jiran yang bertandang.

Meskipun pemberian duit raya ini bukanlah satu kemestian tetapi ia menjadi budaya dalam masyarakat kita.

Dalam masa yang sama ia juga boleh jadi perkara memeningkan kepala untuk berfikir apakah cara perlu dilakukan supaya kewangan mencukupi sehngga hujung bulan nanti.

Manakan tidak, ramai di antara kita menghabiskan bajet dengan berbelanja sakan bagi menyambut aidilfitri.

1. Tentukan bajet mengikut kemampuan

Paling utama dalam hal berkaitan duit raya ini menentukan bajet mengikut kemampuan kerana harus diingat Aidilfitri tahun ini disambut pada awal bulan dan pastinya anda memerlukan wang mencukupi sebelum gaji seterusnya.

Pilih jalan selamat dengan membuat bajet yang tidak membebankan dan bukannya kerana ingin bermegah-megah tentang siapa beri lebih banyak wang dan sebaliknya.

2. Pilih sampul berbeza

Sampul duit raya berbeza untuk mengasingkan nilai wang yang ingin diberikan.

Bagi mengelakkan kekeliruan apa kata gunakan sampul duit raya daripada sampul warna berbeza seperti contoh RM5 dalam sampul berwarna hijau dan RM2 dan sampul biru.

3. Buat senarai penerima duit raya

Senarai penerima duit raya sebenarnya adalah langkah paling bijak dalam memastikan tidak berlaku sebarang pembaziran sehingga bajet berlebihan.

Mulakan dengan orang terdekat seperti anak-anak, anak buah dan ibu bapa (sekiranya masih ada).

4. Simpan baki duit yang ada

Ini langkah paling penting yang harus dilakukan, iaitu simpan semua duit setelah anda membuat bajet duit raya yang ingin diberi kepada sanak saudara.

Jangan anda bazirkan untuk perkara yang tidak perlu, sebaliknya gunakan dengan cermat supaya poket anda tidak kosong sehingga hujung bulan nanti!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]