NASA buka stesen angkasa lepas kepada pelancong

Agensi Angkasa Lepas AS berkata, misi peribadi pertama yang dirancang ke ISS ditetapkan seawal tahun 2020.

WASHINGTON,: NASA pada Jumaat mengumumkan bahawa ia akan membuka Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) kepada pelancong, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Agensi angkasa lepas Amerika Syarikat itu berkata, ia akan membuka stesen tersebut untuk “misi angkasawan peribadi” dengan membenarkan 2 penerbangan setiap tahun, dengan setiap satunya memakan masa maksimum 30 hari.

Misi itu akan menelan kos sebanyak AS$50 juta, dengan NASA mengaut keuntungan sebanyak AS$35,000 bagi setiap perjalanan, menurut CNBC.

Langkah itu diambil selepas syarikat seperti Boeing dan SpaceX membangunkan kapsul untuk membawa manusia ke ISS, dan NASA berkata, kedua-dua syarikat akan menjaga pelancong terbabit dan keperluan mereka.

Misi peribadi pertama yang dirancang ke ISS ditetapkan seawal tahun 2020, kata agensi angkasa lepas itu.