Tetamu raya istana Johor diarah buka samping

Dalam kemeriahan Aidilfitri, ramai yang tidak ketinggalan untuk membuat rumah terbuka termasuklah rumah terbuka Istana Johor.

Secara amnya Johor merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan adat dan resam termasuklah cara pemakaiannya yang tersendiri dalam meraikan sesebuah perayaan seperti Aidilfitri.

Pagi ini seorang tetamu raya istana Johor telah memuat naik status di laman sosial Twitternya kerana disuruh menanggalkan sampingnya di hadapan istana Johor.

Dikatakan cara pemakaiannya adalah salah dengan memakai samping beserta seluar berwarna hitam.

“Saya telah pergi ke Rumah Terbuka di Istana Johor dan bayangkan saya kena buka samping sebab pakai dengan seluar hitam,” tulis @syabil95 dalam Twitter nya itu.

Dia yang tidak menjadikan perkara tersebut sebagai isu yang perlu dibesarkan terus menanggalkannya sebagai tanda hormat dengan cara dan budaya di Istana Johor.

Malah ada juga komen netizen lain yang menjelaskan ia sememangnya adalah adat Istana Johor yang perlu diikuti.

Malah terdapat masyarakat Cina yang datang memakai seluar pendek, turut tidak dibenarkan masuk ke dalam Istana.

“Bukan kena rampas pun, minta buka samping je kan, tak kena halau kan, adat istiadat istana kenalah hormat, mereka tak halau atau rampas, cuma tegur adab ketika berkunjung, benda tak perlu nak perbesarkan, ‘chill’ dan tenang, Selamat hari raya,” komen netizen.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]