Tips memandu pulang ke bandar setelah menyambut raya

Setelah seminggu bercuti di kampung meraikan aidilfitri, semua warga kota mula akan bersesak untuk pulang ke bandar bagi memulakan rutin harian bekerja seperti biasa.

Oleh itu sekali lagi anda perlu merancang dengan baik perjalanan pulang ke bandar supaya tidak sesak dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi.

Kalau memandu dalam keadaan tidak bermaya dan letih, berisiko besar untuk diri kita dan keluarga terlibat dalam kemalangan.

Jadi, di sini kami kongsikan kepada anda 7 tips kekal cergas semasa memandu pulang ke destinasi.

1. Dapatkan tidur yang secukupnya

Ia berbeza dengan perjalanan pulang ke kampung pada bulan puasa, lemah dan tidak bermaya kerana tidak boleh makan dan minum.

Tetapi untuk pulang ke bandar, badan turut akan menjadi lesu jika perjalanan pulang mengambil masa yang lama, dtambah pula dengan cuaca panas membuatkan badan kita memerlukan mineral secukupnya.

Jadi, pastikan anda dapat rehat atau tidur yang secukupnya sekurang-kurangnya 2 malam sebelum pemanduan.

Elakkan juga memandu ketika jam 1 hingga 3 pagi sebab selalunya badan dan mata kita akan mula merasa mengantuk ketika itu.

2. Elak memandu di waktu puncak

Disarankan kepada anda supaya rancang perjalanan terlebih awal.

Ia supaya anda tidak terlekat dengan kesesakan lalu lintas yang begitu padat.

Sebaiknya keluarlah rumah selepas Subuh. Waktu sebegini tidak banyak kereta lagi. Jadi, perjalanan anda akan lancar untuk sampai ke destinasi yang dituju.

3. Periksa kondisi kereta terlebih dulu

Masa di atas jalan raya banyak sangat kenderaan tersidai di bahu jalan. Tambah pula masa kesesakan dan banyak kenderaan. Kereta anda juga berpotensi mengalami suhu tinggi dan menjadi punca lalu lintas sesak. Ia akan menjadi masalah besar kepada anda.

Jadi, sebelum memulakan perjalanan yang jauh pastikan kondisi kenderaan anda dalam keadaan baik.

Periksa air, minyak pelincir, isipadu angin tayar kereta. Sebagai persediaan kecemasan, pastikan juga peralatan repair seperti “jumper”.

4. Pastikan minum air secukupnya

Jangan lupa untuk amalkan air mineral atau air putih secukupnya. Sebab air mengandungi molekul H2O yang sangat sesuai untuk badan anda menghasilkan tenaga harian.

Sekurang-kurangnya air juga dapat menghilangkan rasa dahaga di tekak anda.

5. Standby makanan dan minuman

Makanan seperti kudap-kudapan memang wajib ada dalam kereta! Sebab ketika bosan semasa memandu, anda boleh menikmati kudapan untuk kembali fokus pada pemanduan.

Pastikan gula-gula juga ada di dalam kereta. Kandungan gula dalam manisan itu dapat memberi tenaga kepada anda untuk sentiasa kekal cergas semasa memandu.

Kalau nak lebih kekal aktif, jangan lupa sediakan air 100PLUS atau RedBull. Kandungan gula dalam minuman ini sekurangnya dapat membekalkan anda tenaga berpanjangan.

6. Hiburkan hati

Selalunya kalau kita pulang ke kampung bersama keluarga atau rakan, pasti mereka ini akan terlelap sepanjang jalan.

Perjalanan yang jauh ditambah pula dengan jalan sesak membuatkan fokus mereka untuk temani pemandu akan hilang. Sebagai pemandu, anda perlu bersedia dengan keadaan ini.

7. Buat perancangan untuk berhenti di RnR

Jika mata anda sudah betul-betul letih dan badan tidak bermaya, jangan paksa diri untuk teruskan perjalanan itu.

Singgahlah ke mana-mana RnR untuk basuh muka dan rehat seketika. Anda juga boleh tidur di gezebo atau menikmati makanan ringan di kiosk-kiosk makanan.

Jadi, pastikan anda membuat segala persiapan termasuk diri dan kenderaan anda. Segala perkongsian tips yang diberikan ini perlu diamalkan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan di jalan raya.

Hati-hati semasa memandu pulang ke bandar!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]