Cara betul hidupkan enjin kereta ‘Push Start Button’

Semua kereta keluaran terbaru sudah semestinya menggunakan “Push Start” untuk menghidupkan enjin.

Tapi persoalannya betul ke cara tersebut memang cara yang betul untuk hidupkan enjin kereta?

Kalau yang tak pernah dengar atau pun dah terlupa macam mana cara tersebut, Ini cara yang disarankan.

1) Tekan Butang Push Start Kali Pertama

Apabila sudah berada di dalam kereta dengan “keyless” yang tersimpan rapi dalam poket, tanpa letakkan kaki dekat brek, tekan butang Push Start.

Ia akan membolehkan radio dapat berfungsi tanpa menghidupkan enjin.

2) Tekan Butang Push Start Kali Kedua

Selepas tekan kali kedua, membolehkan anda nampak dan tengok simbol amaran yang ada di dashboard kereta.

Jangan lupa semak dan baca manual kereta untuk tahu apa simbol amaran yang keluar di dashboard.

Mana tahu ada bahagian kereta yang perlu diservis atau ditukar alat ganti baru.

3) Tekan Butang Push Start Kali Ketiga

Tekan kali ketiga dan pastikan kaki anda sudah tekan brek untuk hidupkan enjin kereta.

Lepas tu boleh gunakan kereta anda kalau tiada sebarang masalah kereta yang timbul.

Belum ada lagi bukti kukuh yang boleh katakan cara ini betul atau pun salah.

Tapi kalau cara ini nampak lebih cermat untuk menggunakan kereta, apa salahnya?

Anda mesti pernah terfikir dan terasa kasar bila masuk sahaja kereta, terus tekan brek dan tekan butang Push Start.

Kelam-kabut enjin kereta itu nak hidup.

Secara jujur dan logiknya, sebelum wujudnya teknologi butang Push Start, macam mana cara untuk hidupkan enjin dengan betul?

Masukkan kunci kereta, pulas kunci sekali untuk tengok simbol yang keluar kat dashboard, lepas tu baru pulas kunci sekali lagi untuk hidupkan enjin kereta, betul?

Sama juga kaedah dan situasinya kalau gunakan teknologi butang Push Start.

Sumber: thelaki.com.my

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]