Filem ditayangkan di pawagam sepanjang Aidilfitri

Setiap kali tiba Hari Raya pasti kita tidak akan melepaskan peluang untuk menonton tayangan menarik yang disajikan di semua rangkaian televisyen.

Selain rancangan atau drama terbaru ditayangkan di televisyen jangan dilupa filem terbaru yang bakal ditayangkan di semua pawagam sepanjang Aidilftri ini.

Berikut senarai filem yang ditayangkan di semua panggung wayang.

X-Men: Dark Phoenix

Gambar rollingstone.com.

Tarikh Tayangan: 6 Jun 2019

Filem yang ditunggu-tunggu sejak kali terakhir filem X-Men ditayangkan pada tahun 2016, X-Men: Apocalypse.

Filem X-Men: Dark Phoenix ini juga merupakan filem ke-12 dalam franchise filem-filem X-Men termasuk lah filem Deadpool, Logan dan Deadpool 2.

Men In Black: International

Gambar wired.com.

Tarikh Tayangan: 13 Jun 2019

Thor dan Valkyrie bergabung sekali lagi dalam filem, kali ini sebagai pelakon utama untuk filem bersiri paling popular di dunia.

Kali pertama filem Men In Black ditayangkan ialah pada tahun 1997 yang dilakonkan oleh Tommy Lee Jones dan Will Smith.

Gambar thatmomentin.com.

Untuk filem Men In Black: International ni, Chris Hemsworth dan Tessa Thompson sebagai Agent H dan Agent M yang berpusat di London, berkolaborasi untuk memburu alien-alien yang sesat dan liar di bumi macam yang dilakukan oleh Tommy Lee Jones dan Will Smith sebelum ni.

Toy Story 4

Gambar syfy.com.

Tarikh Tayangan: 20 Jun 2019

Sedar tak sedar, sudah 24 tahun franchise filem Toy Story ini.

Filem yang pertama ditayangkan pada tahun 1995.

Gambar Youtube.

Kalau belum lagi tengok Toy Story 3 yang ditayangkan pada tahun 2010, wajib tengok dulu filem tu sebelum tengok Toy Story 4 ni sebab Toy Story 4 memang betul-betul sambungan daripada filem Toy Story 3.

Takut nanti ada yang tak faham malah ada juga gossip mengatakan Toy Story 4 ini merupakan filem terakhir franchise filem Toy Story.

Yang memang ikut filem Toy Story dari tahun 2010 confirmed meraung kat dalam wayang bila tengok Toy Story 4 nanti.

Child’s Play

Gambar collider.com.

Tarikh Tayangan: 20 Jun 2019

Ramai yang memang dah familiar dengan watak Chucky dalam filem-filem Child’s Play sebelum ini.

Tapi filem Child’s Play yang terbaru ini bukan filem sequel.

Filem ni merupakan filem remake dan reboot.

Jalan cerita yang baru dan lebih segar.

Watak Chucky sahaja yang dikekalkan dalam filem ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]