Sultan Johor sambut Hari Raya bersama ketua bahagian PPBM esok

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersetuju mengadakan perjumpaan Hari Raya Aidilfitri bersama ketua bahagian PPBM Johor, esok. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Sahruddin Jamal hari ini mengucapkan terima kasih kepada Sultan Johor atas persetujuan mengadakan perjumpaan Hari Raya Aidilfitri bersama ketua bahagian PPBM Johor, esok.

Sahruddin menerusi kenyataan berkata perjumpaan bersama Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu dijadualkan pada 4 petang di Istana Pasir Pelangi.

“Sesungguhnya, patik menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas limpah perkenan Tuanku mengadakan Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya menerusi kenyataan itu.

Sahruddin berharap perjumpaan berkenaan dapat mengeratkan lagi silaturrahim dalam keberkatan bulan Syawal yang mulia.