10 tips mudah kumpul duit kahwin RM20,000

Siapa yang tak nak kahwin? Rasanya semua orang ada keinginan untuk berkahwin dan memiliki pasangan.

Tapi duit simpanan sudah cukup ke belum? Kalau ikutkan nak kahwin sekarang ini bukan senang.

Tambahan pula kos perkahwinan sekarang memang tak masuk akal.

Jadi, disini dikongsikan 10 tips mudah untuk kumpul RM20,000 bagi anda yang hendak kahwin tapi masih tak cukup duit!

1. Buat tabung kahwin

Walaupun belum jumpa calon, buat sahaja tabung kahwin siap-siap.

Mana tahu bila sudah berkenan dengan putera idaman atau bidadari pilihan, boleh terus kahwin. Tak perlu pening kepala lagi hendak fikir.

2. Ramai yang menyesal sebab tak simpan awal-awal

Bukan ke bagus kalau kumpul awal-awal. Tidak lah bersusah di kemudian hari.

Ramai pasangan bercinta 10 tahun, tapi tabung kahwin pun tidak ada.

Sudah tentu ia akan membawa padah apabila ibu bapa pasangan anda mula bising usung anak dara dia ke hulu hilir tanpa jaminan untuk kahwin.

3. Lelaki atau perempuan, mulakan sekarang

Jika majlis yang anda rancang perlukan RM20,000 jadi setiap seorang perlu sediakan RM10,000.

Dan kalau anda tidak hendak keluarkan banyak duit, anda boleh buat hanya satu majlis.

Ia sekaligus dapat menjimatkan dari segi semua benda termasuklah pelamin, baju kahwin, catering.

4. Baru adil dan saksama

Lelaki yang kumpul duit kahwin biasanya dia nak buktikan yang dia serius, mampu dan kuat berusaha untuk tanggung anak dara orang.

Apabila sudah kahwin lelaki itu akan jadi ketua keluarga jadi wanita boleh mula mencari lelaki yang betul-betul niat nak halalkan awak.

5. Biar susah sama-sama

Yang perempuan pula sama-sama kumpul duit untuk buktikan sama ada dia sudi susah senang bersama lelaki itu.

Jangan time susah lari, time senang datang.

6. Kalau terpaksa pinjam bank, maknanya anda belum mampu lagi

Jika anda terpaksa ambil pembiayaan peribadi untuk beli sesuatu, sebenanrya anda belum mampu untuk memilikinya.

Apatah lagi untuk berkahwin. Berkahwin guna mana-mana duit yang ada sahaja.

7. Kalau sebelum kahwin tak mampu simpan jangan ambil loan

Ini yang ramai buat silap. Kalau sebelum kahwin pun tak mampu nak simpan RM500 sebulan, jangan pula gatal sangat nak ambil pinjaman peribadi ansuran bulanan RM500.

Memang sesak hendak bayar nanti. Hutang keliling pinggang sehingga hendak pergi honeymoon tak tenang.

8. Buat simpanan bulanan bersama pasangan

Lagi 7 bulan nak kahwin tapi duit tak cukup. Buat simpanan RM1,000 sebulan bersama pasangan anda.

Atau boleh kurangkan kos lain yang tak wajib. Kahwin ni mudah sahaja. Nikah itu yang penting. Tak perlu sanding. Buat doa selamat pun sudah cukup.

9. Jangan bergantung pada satu pendapatan sahaja

Korang rajin-rajinlah buat pandapatan sampingan yang memerlukan modal kecik atau tanpa modal seperti jadi dropship, Uber, Grabcar dan lain-lain.

Kalau nak kahwin, kenalah berusaha sikit kan? Kalau duduk rumah termenung mana nak dapat duit selain daripada gaji yang kita dapat sebulan tu, jangan beranganlah duit nak jatuh dari pokok.

10. DIY sendiri pelamin, kurangkan bajet kahwin

Kalau anda jenis kreatif, anda boleh buat pelamin sendiri. Lebih jimat.

Hendak hias pun ikut citarasa sendiri. Kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, fotografer pula tak perlu sampai 3 orang.

Lauk 3 jenis pun sudah cukup. Ajak saudara-mara dan kawan rapat pun sudah okay, tak perlu sampai satu kampung nak ajak sampai makanan tak cukup. Kalau boleh, ikutlah kemampuan anda sendiri.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]