3 cara ‘Battle Beylade’ yang perlu diketahui

Gambar ainimemangafever.blogspot.com.

Hari Raya 2019 ini nampaknya permainan lama yang moden sudah kembali menghantui ramai kanak-kanak iaitu Beyblade.

Bagus juga sebenarnya ramai kanak-kanak yang meminati dengan permainan Beyblade.

Jadi tidak ada yang menghadap smartphone sendirian sepanjang Hari Raya.

Mungkin ada abang, abah atau pun pakcik yang tidak berapa faham lagi macam mana cara sebenarnya nak main Beyblade ini.

Asal Usul Beyblade

Beyblade sebenarnya berasal dan dicipta oleh sebuah syarikat mainan kanak-kanak di Jepun iaitu Takara Tomy dan dipasarkan bermula Julai 1999.

Beyblade juga diinspirasikan daripada sebuah majalah bersiri di Jepun yang diberi nama Beyblade, ditayangkan pada September 1999.

 Gambar toysonfire.ca. 

Pada tahun 2002, Hasbro berjaya memperoleh lesen daripada Takara Tomy untuk mengeluarkan Beyblade sendiri.

Sekarang ini, pada tahun 2019, ada 2 sahaja pengeluar yang dibenarkan untuk jual Beyblade secara sah iaitiu Takara Tomy dan Hasbro.

Apa Yang Kena Ada Untuk Battle?

Kalau sudah ada Beyblade, maka tibalah masanya untuk “battle” iaitu sebagai penentuan untuk tengok Beyblade siapa yang lagi padu.

Dan ini antara benda yang kena ada kalau nak battle.

Gambar youtube.

Beystadium

Jangan main-main. Siap ada stadium.

Dalam Beystadium ini lah pertarungan Beyblade akan berlaku.

Beyblade akan bertembung sesama sendiri untuk berentap dan menentukan Beyblade siapa yang paling kukuh dan paling lama berputar.

Gambar youtube.

Ada macam-macam jenis Beystadium.

Setiap Beystadium, ada bentuk yang tersendiri.

Kalau takde Beystadium, kuali nenek kat dapur pun jadi.

Beylauncher

Lebih mudah dan pusingan Beyblade lebih padu kalau gunakan Beylauncher.

Kalau yang jenis kena tarik, hati-hati. Pastikan kat belakang takde orang. Kang tak pasal-pasal makan siku.

Beyblade

Beyblade nampak sahaja macam sama semuanya. Tapi sebenarnya ada beberapa jeinis Beyblade yang mempunyai kelebihan tersendiri.

Kelebihan untuk setiap jenis Beyblade tersebut bergantung kepada 4 ciri-ciri ini antaranya serangan, stamina, pertahanan dan kestabilan.

Cara Nak Battle

Ada 3 cara untuk menentukan Beyblade mana yang menang dalam setiap battle antaranya Ring Out Finish, Survivor Finish dan Burst Finish.

Ring Out Finish

Salah satu Beyblade tercampak keluar dari Beystadium. Beyblade yang kekal di dalam Beystadium dikira pemenang.

Survivor Finish

Salah satu Beyblade berhenti berputar di dalam Beystadium. Beyblade yang masih lagi kekal berputar, dikira pemenang.

Burst Finish

Salah satu Beyblade berkecai selepas bertembung sesama sendiri dalam Beystadium. Beyblade yang masih lagi kukuh, dikira pemenang.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]