Kolam renang 360° pertama di dunia akan dibina di London tahun depan

Compass Pools baru sahaja mengumumkan pelan pembinaan kolam renang infiniti 360° yang akan dibina di London tidak lama lagi.

Menurut perancangan awal, kolam renang infiniti ini akan dibina di atas sebuah bangunan hotel di tengah bandar untuk memberikan pemandangan menarik buat pengunjung yang akan ke kolam renang tersebut.

Sebuah laluan tangga spiral akan timbul dari dasar kolam hingga ke permukaan setiap kali pengunjung keluar atau masuk dari kolam.

Kolam tersebut mampu menampung sehingga 600,000 liter air dan akan dikelilingi oleh kaca akrilik di sekelilingnya.

Namun terdapat satu isu yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan orang ramai yang mengikuti perkembangan perkara ini, bagaimana akses untuk ke kolam renang ini?

Bagi merealisasikan idea 360° infiniti, syarikat pembinaan tidak akan membina tangga atau mana-mana laluan untuk masuk dan keluar daripada kolam ini.

Jawapannya adalah satu pintu seperti kapal selam akan dibina serta digabungkan dengan tangga berbentuk spiral yang akan muncul daripada permukaan lantai kolam itu jika ada yang mahu keluar atau masuk.

Anda pasti akan merasai seperti masuk kolam renang milik James Bond.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]