Piza percuma jika tidak menggunakan telefon bimbit ketika makan

Apa sahaja yang ditawarkan secara percuma pasti mampu menarik perhatian orang ramai untuk cuba mendapatkannya.

Tidak kiralah dari segi makanan ataupun barangan ia tetap akan menjadi sasaran.

Dan itulah yang berlaku di sebuah restoran di California, Amerika Syarikat apabila menawarkan pelanggannya untuk menyimpan telefon bimbit mereka ketika menikmati hidangan di restorannya.

Sebagai ganjaran mematuhi syarat yang ditetapkan restoran itu menawarkan makanan percuma kepada pelanggan sekiranya mereka bersetuju untuk tidak menggunakan gajet itu semasa menikmati hidangan.

Restoran piza di Fresno, California di Amerika Syarikat menawarkan promosi “Diskaun Bercakap Antara Satu Sama Lain” yang memerlukan persetujuan pelanggan untuk menyimpan dan mengunci telefon pintar mereka sepanjang berada di premis itu.

Diskaun tersebut hanya boleh didapati kepada pelanggan berkumpulan minimum empat orang, dengan kesemuanya perlu membawa telefon pintar yang berfungsi.

Jika mereka berkelayakan, hidangan piza bersaiz besar akan diberikan sebagai ganjaran untuk kunjungan seterusnya, atau boleh menyumbangkannya kepada gelandangan di Fresno.

Sumber : odditycentral

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]