6 warga Malaysia ditahan di Jakarta seludup syabu guna kapal mewah

Polis Indonesia menemui syabu seberat 37kg dalam sebuah kapal persiaran dipercayai bertolak dari Johor ke Jakarta pada 4 Jun lalu. (Gambar Bernama)

JAKARTA: Enam warga Malaysia ditahan di ibu negara Indonesia kerana disyaki menyeludup 37kg syabu menggunakan kapal persiaran.

Polis Indonesia menjumpai dadah berkenaan dalam sebuah kapal persiaran yang berlabuh di utara Jakarta pada 4 Jun.

Jurucakap polis Indonesia Krisno Siregar berkata kapal persiaran itu dipercayai bertolak dari Johor menuju ke Jakarta pada hari sama.

Lima suspek yang ditahan berasal dari Johor dan seorang lagi dari Perak, kata beliau.

Dipercayai syabu yang dirampas itu diperolehi dari Myanmar.