Bukit Aman siasat video seks mirip menteri

PETALING JAYA: Polis mengesahkan Bukit Aman sudah membuka kertas siasatan terhadap video seks sejenis yang didakwa membabitkan individu mirip seorang menteri yang tersebar di WhatsApp sejak semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Mazlan Mansor berkata polis menerima satu laporan berhubung perkara itu.

“Kita tengok macam mana dahulu. Kita akan siasat,” katannya.

Awal hari ini, seorang pegawai timbalan menteri, Muhammad Haziq Aziz mendakwa individu yang dirakamkan dalam satu video seks sejenis yang tersebar baru-baru ini adalah Azmin dan dirinya.

Azmin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang cuba mengaitkannya dengan video seks itu, dan yakin tuduhan itu komplot jahat yang dimulakan beberapa bulan lalu.