4 cara boleh digunakan elak stress ke tempat kerja

Ramai di antara kita yang mengeluh susah nak pergi kerja terutamanya jika tempat kerja anda berada di tengah bandar.

Apatah lagi kawasan tempat kerja itu sesak ketika ingin pergi dan pulang dari tempat kerja.

Mungkin anda boleh menggunakan beberapa alternatif untuk merehatkan diri sementara sampai ke tempat kerja.

1. Teknik ‘G1M’

Ia dikenali sebagai “ganti 1 minggu”, iaitu cari rakan anda yang pergi tempat kerja yang sama, atau berdekatan dengan pejabat anda.

Kemudian, anda boleh bertukar giliran setiap minggu untuk memandu dan berkongsi minyak kereta untuk pergi dan balik dari tempat kerja.

2. Guna jalan alternatif

Ini mungkin satu lagi cara untuk mengelakkan diri dari kesesakan lalu lintas.

Ini kerana rata-rata pemandu akan memilih jalan yang lebih dekat untuk sampai ke destinasi, namun jangkaan meleset apabila terpaksa berdepan kesesakan lebih dari sejam.

3. Grab pilihan terbaik

Ini pilihan yang berbaloi, kerana anda dapat merehatkan diri ketika pergi dan pulang dari tempat kerja.

Anda tidak akan tertekan, sebaliknya boleh menyiapkan persediaan mental dan fizikal untuk menguruskan tugas anda di pejabat.

Sebaik sahaja anda pulang, anda boleh berehat atau tidur sekejap di dalam kereta sementara pemandu membawa anda sampai ke destinasi.

Namun disarankan supaya anda bergerak lebih awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

4. Menaiki pengangkutan awam

Ini juga satu lagi kaedah yang boleh anda gunakan, lebih jimat dan berehat tanpa perlu hadap stress.

Kosnya lebih murah, berbanding minyak kereta yang perlu diisi sehingga RM30.

Perbelanjaan itu anda boleh digunakan untuk pengangkutan awam selama seminggu untuk anda ke tempat kerja.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]