Banyak pihak memandang remeh isu keselamatan serta hak privasi apabila berada di tempat tertentu.
Dan sewajarnya isu ini harus diberi perhatian serius memandangkan pada zaman teknologi yang serba canggih apa sahaja kemungkinan boleh berlaku sehingga membahayakan nyawa sendiri atau keluarga.
Tidak dinafikan semua orang mempunyai hak untuk memiliki privasi sendiri, oleh itu adalah lebih elok jika anda sentiasa mengambil langkah dan sikap berhati-hati dengan memeriksa terlebih dahulu sesuatu kawasan sebelum meneruskan sebarang aktiviti.
Secara am, perkara ini terjadi apabila terdapat kamera tersembunyi yang diletakkan di tempat yang kadang kala tidak terjangka dalam fikiran.
Namun ia boleh terjadi di mana-mana sahaja jika ada yang cuba menjatuhkan reputasi seseorang itu.
Jadi berikut adalah beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan untuk anda berjaga-jaga sama ada tempat itu ada kamera tersembunyi mahupun tidak.
Periksa semua kawasan
Anda perlu memeriksa semua kawasan sama ada di bahagian luar atau dalam sesebuah kawasan, dan perhatikan di tempat yang berpotensi boleh diselitkan kamera tersembunyi sebelum anda memasuki sesebuah kawasan.
Padamkan lampu
Anda perlu padamkan lampu untuk melihat sama ada terdapat lampu LED yang berkelip-kelip berwarna merah.
Gunakan telefon bimbit
Gunakan telefon bimbit anda dan muat turun aplikasi yang boleh mengesan kamera tersembunyi.
Pengesan
Gunakan alat pengesan yang paling efektif untuk mencari kamera tersembunyi yang disorokkan dalam sesebuah kawasan.
Periksa cermin
Gunakan cermin yang ada di kawasan tersebut untuk melihat sama ada terdapat kamera yang berada di kawasan itu atau lampu LED yang berkelip-kelip.
“Flashlight”
Periksa sama ada terdapat pancaran “flashlight”, menandakan terdapat kamera tersembunyi di kawasan tersebut.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]