Lin Dan berkongsi kesedihannya dengan pengunduran Chong Wei

Pengunduran bekas pemain No. 1 Dunia, Lee Chong Wei daripada arena badminton ternyata mengejutkan seluruh peminat sukan itu.

Walaupun semua mengetahui Chong Wei menghidap kanser hidung dan sudah mampu menjangkakan pengundurannya namun ia tetap diterima dalam keadaan sedih.

Dan ketika sidang medianya yang menyentuh mengenai musuh tradisinya Lin Dan, jaguh badminton negara itu tetap mendoakan rakannya dari negara China untuk terus beraksi dalam temasya Olimpik di Tokyo tahun depan.

Manakala Lin Dan dalam posting terbarunya di Weibo turut meluahkan rasa sedih dengan pengumuman Chong Wei Itu.

“Memasuki gelanggang berseorangan, tiada siapa lagi menemaniku,” katanya yang menggambarkan kesedihannya itu.

Lin Dan turut mendedikasi sebuah lagu untuk Lee yang bertajuk “Kawan jangan nangis” yang dinyanyikan oleh David Lui dalam bahasa Mandarin.

Bagi Chong Wei meskipun dia dan Lin Dan bermusuh di gelanggang, namun mereka merupakan kawan baik.

“Kami hanya musuh di gelanggang. Kita mempunyai penaja yang sama dan kadang-kadang kami bertemu di luar kejohanan.”

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]