Bahaya… Perut gagal hadam 100 biji ‘bubble tea’

Gara-gara terlalu banyak meminum “bubble tea”, seorang remaja perempuan terpaksa menanggung kesakitan di bahagian perut.

Keputusan imbasan mendapati remaja berusia 14 tahun itu gagal menghadam biji-biji kecil dalam perutnya hasil daripada minuman bubble tea.

Doktor Zhang Louwei yang merawat remaja itu berkata, bahagian abdomen kelihatan bonjol.

Perut, usus dan bahagian rektum dipenuhi dengan bijian yang dibuat daripada ubi kayu itu.

Minuman yang popular di Asia Tengah ini dihasilkan daripada gabungan teh, susu dan berdozen bijian bulat yang dikenali dengan “pearls” dan “boba”.

Sebelum insiden itu, remaja tersebut dipercayai meminum “buble tea” dengan kuantiti yang banyak sepanjang lima hari sebelum dimasukkan ke hospital pada 28 Mei lalu.

Sumber mirror.co.uk

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]