3 filem terbaik buktikan kekuatan wanita

Filem yang ditayangkan di pawagam selain daripada sebagai salah satu bahan hiburan ia juga adakalanya mempunyai nilai murni yang boleh dicontohi.

Malah tidak dinafikan ada sesetengah filem mempunyai mesej dan pengajaran yang padat agar setiap penonton dapat memahami apa yang cuba disampaikan.

Namun kita sering melihat watak yang diberikan kepada wanita seolah ditindas dan lemah, sedangkan pada hakikatnya di zaman millennium ini peranan wanita dan lelaki sudah seimbang dalam apa jua aspek.

Dan tidak dinafikan wanita sekarang ini lebih bijak membuat keputusan dengan lebih rasional tanpa melibatkan emosi berbanding lelaki yang lebih kepada ego.

Memetik kata-kata pengkaji filem dari Universiti Sains Malaysia (USM), Mahyuddin Ahmad dalam catatannya bertajuk Filem Box Office dan Idealogi; Satu Kajian Terhadap Filem-filem di Malaysia “Golongan wanita digambarkan dengan kepelbagaian watak dan sifat yang negatif manakala watak-watak lelaki pada kebanyakkan masa digambarkan mempunyai sifat positif”.

Bagaimanpun, terdapat beberapa filem yang pernah ditayangkan di pawagam dilihat berani mencabar idea dan stereotaip tersebut.

Di sini, FMT Ohsem senaraikan, 3 filem terbaik yang menunjukkan sisi positif dan gambaran segar terhadap watak wanita menerusi filem.

1) Frozen

Filem ini menjadi kegemaran hampir seluruh dunia selepas ditayangkan kali pertama pada tahun 2013.

Ia diterbitkan oleh Walt Disney Incoperations.

Filem yang menceritakan kisah 2 puteri raja ini menjadi inspirasi buat kanak-kanak wanita di seluruh dunia.

Manakan tidak, Puteri Elsa yang mempunyai kuasa ais boleh menjadi pemimpin negaranya iaitu Arendelle.

Selepas kuasanya terbongkar pada majlis makan malam pertabalannya, dia disingkirkan oleh salah seorang pegawai kerajaan negaranya sendiri.

Namun, kesungguhan dan kasih sayang antara Elsa dan Anna telah menjayakan mereka untuk memimpin Arendelle dengan harmoni.

Ini menunjukkan, wanita bukanlah selemah yang disangka.

Wanita seperti Elsa juga berupaya menjadi pemimpin negara tanpa kehadiran bapanya.

2) Moana

Lagu ‘How Far I Go’ menjadi nyanyian ramai selepas filem ini ditayangkan pada November 2016.

Kisah penggembaraan Moana, anak perempuan kepada pemimpin kepada etnik Polynesia di sebuah pulau.

Penggembaraan Moana bermula apabila dirinya dipilih oleh lautan untuk mencari Heart of Te Fiti.

Usahanya tidak mudah kerana dihalang oleh keluarga malah bapanya sendiri.

Perjalanan mencari batu Te Fiti dibantu oleh seorang pelayar dikenali sebagai Maui.

Filem ini menjelaskan, wanita mampu mencapai misi dan tujuan dalam kehidupan dengan usaha mereka sendiri.

Walaupun menjadi anak kepada pemimpin yang gagah dan berani, namum Moana yang dipilih oleh laut untuk misi menyelamatkan kepulauan tersebut.

3) Tangled

Filem ini mempunyai jalan cerita yang sama dengan kisah dongeng Rapunzel.

Jalan cerita filem ini sangat diketahui oleh setiap generasi.

Kehidupan Rapunzel berubah menjadi seorang anak perempuan yang dikurung oleh wanita yang diangap sebagai ibunya iaitu Gothel di dalam sebuah menara.

Namun, beliau tidak menyedari, dirinya ialah seorang puteri raja yang diculik olej Gothel kerana ingin memiliki rambut magis Rapunzel.

Rambut Rapunzel dipercayai mampu menjadikan Gothel hidup lebih lama.

Sebab itu, kita melihat watak Rapunzel sebagai gadis yang berambut perang dan panjang mencecah tanah.

Perjalanan Rapunzel mencari asal usul dirinya telah membawa dia kepada pelbagai cabaran yang memerlukan dia melindungi dan mempertahankan diri.

Meskipun bergelar seorang gadis dan tidak pernah mengenal dunia luar kerana dikurung selama 17 tahun oleh ibu ‘penculiknya’, Rapunzel mampu memasuki istana milik keluarga kandungnya semula.

Dan filem ini sekali lagi membuktikan, wanita boleh memilih untuk menjadi anak yang baik dan sopan tetapi tidak bermakna dia akan menjadi lemah.

Rapunzel seorang gadis yang baik dengan personaliti diri yang lasak dan berani.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]