Hari Bapa… Perkara yang boleh dilakukan bersama

Hari Bapa kebiasaannya tidak terlalu diingati berbanding Hari Ibu.

Namun ia bukanlah sebab untuk kita langsung tidak menghargai bapa meskipun ada masanya hubungan dengan bapa tidaklah semesra hubungan dengan ibu.

Dan jika anda belum membeli sebarang hadiah untuk bapa anda pada hari istimewa ini, jangan risau disini terdapat beberapa tips untuk dikongsi bersama.

1. Hadiah yang dekat di hati

Bukan selalu kita berbelanja lebih untuk seseorang yang bergelar bapa dan inilah masanya untuk anda buktikan betapa golongan ini juga dihargai.

Cuba ingat jika bapa anda pernah menyebut dia teringinkan sesuatu.

Sudah pasti mereka juga mempunyai “wish list”, tetapi memikirkan tanggungjawab besarnya kepada keluarga ada masanya ia menjadi kekangan untuk dirinya membeli sesuatu untuk dirinya sendiri.

Dan inilah masanya untuk anda dapatkan sesuatu yang dia idamkan selama ini.

2. Pakat dengan adik-beradik atau ibu

Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Kumpulkan ahli keluarga anda dan rancangkan jadual sehari untuk diberikan kepada bapa anda sama ada “sponsor” rawatan spa atau “facial”.

Pada masa yang sama anda boleh mengubah angin dengan menjadi pemandu kepada kepada bapa anda dan bawa ke mana sahaja tempat yang dia ingin pergi atau lawati.

3. Luangkan masa sehari dengan ayah anda

Antara perkara yang paling penting dalam keluarga adalah membuktikan anda dapat bersama dengan bapa anda walau dalam apa jua keadaan pada hari bermakna ini.

Anda mungkin boleh bawa bapa anda menonton wayang, makan di tempat kegemarannya dan lakukan apa jua aktiviti yang diminatinya.

Semua yang dirancang mungkin tidak selalu menjadi namun sekurang-kurangnya anda mencuba berikan yang terbaik kerana apa yang lebih penting meluangkan masa sepenuhnya bersama bapa anda akan menjadi satu kenangan indah di masa akan datang.

Selamat Hari Bapa.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]