Pakar forensik digital tak yakin video seks Azmin-Haziq palsu

Presiden PKR Azmin Ali dan pemimpin Pemuda PKR Haziq Aziz.

PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 2 pakar mempersoalkan dakwaan beberapa klip video yang disasarkan kepada Mohamed Azmin Ali diubah suai menggunakan teknologi kecerdasan buatan atau apa yang dikenali sebagai “deepfake”.

Kevin Nguyen dari Perbadanan Penyiaran Australia, yang sebelum ini memberikan pengesahan kandungan untuk syarikat berita gergasi seperti BBC dan New York Times, menyimpulkan perkara itu selepas menganalisis 3 video tersebut.

“Pada tahap imej, secara forensik ia dibuktikan benar. Saya menjalankan beberapa analisis forensik … melangkaui 3 video dan pada 6 titik yang saya periksa tidak ada bukti manipulasi foto atau imej,” katanya kepada SBS News di Australia.

Beliau tidak mengatakan video itu sebagai deepfake tetapi berkata sekiranya video itu palsu, ianya “sangat bagus”.

Siwei Lyu, seorang pakar forensik media dan profesor Kejuruteraan dan Sains Gunaan di University of Albany di Amerika Syarikat, juga menyimpulkan klip video itu tidak boleh direka.

Pengesahan video lain, Denby Weller dari Universiti Teknologi Sydney, berkata klip itu mungkin direkodkan menggunakan telefon bimbit, tetapi meragui jika ia dilakukan secara hati-hati.

Beliau berkata video itu dirakam dari kedudukan yang agak tinggi, yang tidak mudah dilakukan tanpa penggunaan tripod.

“Jadi jika pemuat naik mendakwa ia senario ‘kamera tersembunyi’… bukti seolah-olah saya katakan sebaliknya. Ini tidak boleh dipertikaikan, tetapi petunjuk kuat,” katanya kepada SBS.

Minggu lalu, Haziq Aziz, seorang pembantu kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin, mengejutkan negara dengan pengakuan di Facebook bahawa video itu memaparkan beliau dan Azmin melakukan hubungan seks.

Timbalan presiden PKR yang juga menteri hal ekonomi itu bagaimanapun menafikan dengan keras dakwaan tersebut mengatakan ia adalah sebahagian daripada usaha membunuh kerjaya politiknya.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyokong Azmin, mengatakan pada Rabu bahawa video itu palsu dan menuduh Haziq mempunyai agenda politik.

Polis kemudian menahan Haziq semalaman sebelum dibebaskan dengan ikat jamin semalam.