Telefon ibu mampu kurangkan kadar stress

Menghabiskan kerja yang tertangguh dan menguruskan keluarga terasa bagai tugasan yang sangat berat.

Walaupun semua orang tahu bahawa tekanan adalah sesuatu yang sia-sia dan tidak produktif, anda tetap merasa bimbang mengenai perkara yang anda tidak boleh ubah.

Bagaimanapun ini adalah satu kesilapan besar.

Apabila anda tertekan, anda tenggelam dalam pemikiran negatif dan anda tidak dapat memberi tumpuan kepada perkara yang baik dan akhirnya anda merasa lemah dan sakit.

Jadi ini antara tips untuk anda hilangkan stress.

1. Melukis menggunakan jari

Ekspresikan diri anda melalui apa jua jenis seni adalah satu bentuk pembebasan.

Lebih khusus lagi, lukisan menggunakan jari membolehkan anda untuk menjadi lebih kreatif tanpa apa-apa sekatan dengan harapan supaya anda dapat bereksperimen dengan cat jari dalam apa-apa cara yang anda mahu seperti kanak-kanak lakukan.

Jika tidak, gunakan krayon atau apa-apa sahaja.

Lukiskan perasaan anda pada kanvas dan lihatlah hasilnya. Marah? Penat? Terbelenggu? Semuanya ada di depan mata.

2. Urutan pada telinga

Anda mungkin ketawa mendengar hal ini, tetapi mengurut telinga sebenarnya adalah cara melegakan tekanan yang sangat baik.

Ini akan membebaskan endorfin dalam otak dan membuatkan anda berasa lebih tenang.

Cara untuk melakukannya adalah dengan menggosok kawasan luar telinga dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit kawasan tersebut ke atas dan kemudian kawasan pada belakang telinga.

3. Telefon ibu anda

Jika anda dan ibu anda masih mempunyai hubungan yang baik, anda boleh menghubungi beliau untuk membantu anda mengurangkan tekanan.

Selepas memeriksa bagaimana perempuan muda bertindak balas di bawah keadaan tertekan, saintis mendapati bahawa mendengar suara ibu mereka mengurangkan hormon tekanan dan meningkatkan hormon oxytocin yang menyumbang pada rasa tenang.

4. Menghidu epal

Walaupun berbunyi sangat pelik, menghidu epal atau mana-mana buah-buahan sitrus yang lain boleh mengurangkan sakit kepala dan melegakan tekanan.

Kajian menunjukkan bahawa penghidap migrain kronik yang menghidu aroma epal hijau melaporkan bahawa kesakitan mereka berkurangan.

5. Beri ganjaran pada diri

Walaupun anda merasa diri anda tidak melakukan sesuatu perkara yang besar hari ini, jangan lupa berikan ganjaran pada diri anda.

Terutamanya apabila anda merasa putus asa atau merasa tekanan yang sangat teruk.

Tidak kira betapa kecil mahupun besar pencapaian anda, adalah berbaloi untuk ingatkan diri anda kerja yang hebat yang anda lakukan pada hari ini.

Bukankah makan aiskrim juga satu ganjaran? Sama juga dengan membeli handbag baru?

6. Lihat keindahan alam

Kajian menunjukkan dengan melihat alam, dapat menenangkan minda.

Anda boleh melihat lautan ombak, titisan hujan atau apa sahaja yang akan menyumbang kepada ketenangan minda.

Lihatlah alam lebih kurang 20 minit setiap hari dan anda akan mula merasa perbezaannya.

Jika berada di hutan konkrit, lihatlah kawasan hijau di luar pejabat.

Keluar sebentar untuk melihat alam semulajadi.

Bercutilah jika ada bajet, tidak perlu mahal-mahal.

7. Letupkan belon

Apabila anda merasa tertekan, anda cenderung untuk mengambil nafas yang lebih pendek daripada biasa.

Dalam usaha untuk membantu anda berehat, cuba meletupkan belon.

Ini akan membolehkan anda kembali bernafas pada kadar biasa dan anda boleh menghela nafas yang lebih mendalam dan panjang.

Selain itu, ia akan berehat otot anda dan mengurangkan kadar denyutan jantung.

8. Letakkan pokok di atas meja

Tumbuhan boleh menjadi kawan terbaik anda ketika menghadapi krisis.

Dengan meletakkan pokok di atas meja anda atau rumah telah terbukti secara saintifik memberi manfaat kepada kesihatan anda.

Bukan sahaja menjadikan persekitaran lebih cantik, malah dapat mengurangkan tekanan dan merendahkan tekanan darah.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]