Amalkan 4 langkah untuk jadi ‘morning person’

Mungkin anda pernah terdengar kenyataan bahawa golongan yang gemar bangun pagi (morning person) lebih sihat berbanding mereka yang suka tidur lambat.

Si “burung hantu” atau individu yang berjaga malam dan bangun lambat dikatakan berdepan risiko lebih tinggi untuk mengalami obesiti, imsonia, Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD), ketagihan kelakuan, kecenderungan untuk menjadi antisosial, masalah mental dan penyakit yang boleh mengakibatkan kematian.

Sebuah kajian terkini daripada jurnal Perubatan Tidur mendapati empat perubahan kecil boleh membantu seseorang memperbetul waktu biologi mereka.

Pengarah bersama Pusat Kesihatan Otak Manusia Universiti Birmingham di England, Dr. Andrew Bagshaw berkata, corak tidur lewat akan membuatkan seseorang berasa kekok dengan norma kehidupan individu normal.

Rutin itu akan menyebabkan anda mengalami rasa mengantuk dan terdedah kepada kemerosotan kesihatan mental.

Dr Bahshaw dan pasukannya bertanya kepada 22 individu yang sihat tetapi gemar berjaga malam untuk melakukan empat perkara dalam tempoh tiga minggu.

“Kami mahu lihat sama ada perkara mudah yang dilakukan di rumah boleh menyelesaikan isu tidur bagi mendapatkan waktu yang lebih berkualiti,” kata pakar tersebut.

Ketahui empat perubahan kecil yang tidak memerlukan wang dan boleh cuba sendiri untuk merasai perubahan positifnya.

1. Bangun dua ke tiga jam lebih awal sebelum waktu biasa anda terjaga untuk mendapatkan sebanyak mungkin sinaran matahari.

2. Masuk tidur dua ke tiga jam lebih awal dan kurangkan pendedahan terhadap cahaya.

3. Kekalkan jadual tidur yang konsisten pada hari bekerja dan cuti.

4. Ambil sarapan pagi dan makan tengah hari pada waktu yang sama setiap hari, selain elak makan selepas pukul 7 malam.

Sumber: Best Life

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]