World Airline Awards: 10 syarikat penerbangan terbaik dunia diumum

World Airline Awards dari Skytrax kembali mengumumkan senarai syarikat penerbangan terbaik dunia 2019.

Tahun ini, ranking pertama diduduki syarikat dari Qatar, Qatar Airways yang turut menerima 3 anugerah untuk kategori Kelas Perniagaan Terbaik, Kerusi Kelas Perniagaan Terbaik dan Syarikat Penerbangan Terbaik Timur Tengah.

“Kami sangat gembira dikenali pelanggan secara global sebagai syarikat yang menang empat anugerah berprestij ini.

“Menjadi syarikat penerbangan pertama di dunia yang mendapat gelaran ‘Airline of The Year’ selama 5 tahun berturut-turut adalah pencapaian luar biasa, dan digabungkan dengan tiga anugerah besar lain dari Skytrax, ia adalah hasil perjuangan seluruh pasukan Qatar Airways.

“Ia menjadi momen membanggakan untuk syarikat seiring inovasi serta standard layanan yang sentiasa menjadi tanda aras untuk industri kami,” kata Ketua Eksekutif Kumpulan Qatar Airways Akbar Al Baker memetik laman rasmi Skytrax.

AirAsia memenangi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia bagi 11 tahun berturut-turut bagi anugerah tersebut.

Selain itu ia juga dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia dan Kabin Premium Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia bagi tempat duduk Premium Flatbed, yang terdapat dalam pesawat jarak jauh AirAsia X.

Edward Plaisted dari Skytrax mengingatkan bahawa anugerah diberikan berdasarkan hasil survey 100 peratus secara bebas daripada pelanggan syarikat penerbangan dunia.

Berikut adalah 10 Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia 2019versi Skytrax:

  1. Qatar Airways (Qatar)
  2. Singapore Airlines (Singapura)
  3. ANA All Nippon Airways (Jepun)
  4. Cathay Pacific (Hongkong)
  5. Emirates (UEA)
  6. EVA Air (Taiwan)
  7. Hainan Airlines (China)
  8. Qantas Airways (Australia)
  9. Lufthansa (Jerman)
  10. Thai Airways (Thailand)

Staf Kabin Terbaik Dunia 2019

  1. Singapore Airlines
  2. Garuda Indonesia
  3. ANA All Nippon Airways
  4. Thai Airways
  5. EVA Air
  6. Cathay Pacific
  7. Hainan Airlines
  8. Japan Airlines
  9. Qatar Airways
  10. China Airlines

Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 2019

  1. AirAsia
  2. easyJet
  3. Norwegian
  4. Southwest Airlines
  5. AirAsiaX
  6. Jetstar Airways
  7. WestJet
  8. Indigo
  9. Ryanair
  10. Eurowings

Penerbangan Paling Bersih Dunia

  1. EVA Air
  2. Japan Airlines
  3. ANA All Nippon Airways
  4. Singapore Airlines
  5. Asiana Airlines
  6. Hainan Airlines
  7. Swiss Int’l Air Lines
  8. Cathay Pacific
  9. Qatar Airways
  10. Lufthansa

Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax, diperkenalkan pada 1999 dan bersifat bebas serta tidak berpihak, merupakan penanda aras kecemerlangan global bagi syarikat penerbangan.

Ia juga terkenal sebagai anugerah ‘Oscars’ bagi industri penerbangan.

Keputusan bagi anugerah tahun ini ditentukan melalui kaji selidik ke atas 21.65 juta pelanggan dengan 100 kewarganeraan yang menilai lebih 300 syarikat penerbangan mulai Ogos 2018 sehingga Mei 2019.

Setakat ini, AirAsia mengendalikan rangkaian lebih 140 destinasi dari 25 hab di 22 pasaran.

Bagi meraikan kemenangan ini, AirAsia akan melanjutkan jualan besar-besaran AirAsia sehingga 23 Jun, 2019 dengan tambang bermula serendah RM12 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi domestik dan daripada RM89 bagi penerbangan antarabangsa, tertakluk kepada terma dan syarat.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]