Kerap main gajet seawal usia 1 tahun undang padah, ‘power’ rabun mata cecah 900

Kanak-kanak abad ini semakin terdedah dengan penggunaan gajet tanpa henti.

Pantang ada gajet, pastinya kanak-kanak akan melekat selama berjam lamanya tanpa berbuat apa-apa.

Apa yang menyedihkan adalah ibu bapa juga lebih cenderung memberikan gajet kepada anak-anak tanpa mengira masa.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak dari China yang mengalami masalah rabun jauh teruk iaitu Myopia gara-gara terlalu taksub dengan gajet.

Lebih memeranjatkan power kaca matanya mencecah 900 darjah!

Seorang kanak-kanak berumur 2 tahun bernama Xiao Man dari Jiangsu, China ini telah mengejutkan orang ramai apabila sudah didiagnos dengan penyakit myopia yang teruk.

Myopia atau penyakit rabun ini adalah masalah rabun jauh yang sangat teruk.

Penyakit rabun jauh ini berpunca daripada ibu bapa kanak-kanak itu sendiri yang membiarkan anaknya bermain dengan gajet sejak berumur 1 tahun.

Selepas setahun “melekat” dengan penggunaan gajet, kanak-kanak ini sudah menunjukkan tanda-tanda rabun.

Hal ini dapat dikesan apabila Xiao Man mula mengecilkan mata dan mengerut dahi apabila melihat skrin gajet.

Ibu bapa Xiao Man yang melihat perubahan itu membawanya ke klinik untuk melakukan pemeriksaan mata.

Apa yang mengejutkan rupa-rupanya Xiao Man sudah mengalami 900 darjah rabun jauh!

Menurut doktor, kanak-kanak seusia atau muda dari Xiao Man amatlah tidak sesuai didedahkan dengan penggunaan gajet dan kekerapan menonton skrin gajet boleh menyebabkan masalah mata yang teruk.

Tambah doktor, masalah yang dialami oleh Xiao Man tidak boleh disembuhkan dan akan bertambah teruk jika tabiat penggunaan gajet masih diteruskan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]