Pencemaran toksik jejaskan otak dan buah pinggang

Kanak-kanak adalah golongan yang paling terkesan pada otak dan buah pinggangnya sebaik sahaja terhidu pencemaran toksik seperti yang berlaku di Sungai Kim-Kim.

Ini kerana kimia berjadual yang menghasilkan wap, kemudian dihidu, boleh menyebabkan kesukaran bernafas.

Gas yang dihidu itu seterusnya akan memasuki saluran darah dan menyebabkan fungsi otak dan buah pinggang terjejas.

Antara sebatian kimia yang berbahaya adalah metana, hidrogen klorida, acrylonitrile, acrolein, benzene, toulene, xylene dan limonene.

Dalam hal ini, tanda-tanda awal yang mereka mungkin terkesan dengan pencemaran ini akan mengalami loya, muntah dan sakit kepala.

Namun yang paling ketara adalah ia boleh menjejaskan paru-paru sehingga koma yang juga mampu mengancam nyawa.

Jelasnya, keadaan ini berlaku apabila kemampatan gas metana tinggi dan kandungan oksigen dalam udara berada di bawah paras 15 peratus.

bagaimanapun, kesan sampingan seperti pengsan dan muntah-muntah boleh dielakkan sekiranya kandungan oksigen dalam udara ketika kejadian berada paras 23 peratus.

Semalam, sekumpulan 15 murid sekolah agama di Pasir Gudang, Johor mengalami gejala sesak nafas selepas kes pencemaran toksik di Sungai Kim-Kim.

Lima daripada mereka dihantar ke hospital dan dipercayai terkesan akibat pencemaran udara.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]