Pengeluar kereta Perancis buka kilang di Maghribi

PSA Group melabur sebanyak AS$632 juta di Maghribi dan merancang engeluarkan 200,000 enjin dan 100,00 buah kenderaan menjelang 2020. (Gambar Reuters)

RABAT: Pengeluar kereta Perancis, PSA Group pada Khamis merasmikan kilang pengeluarannya yang terletak di bandar pantai Kenitra, utara Maghribi, lapor agensi berita Xinhua.

“Kompleks perindustrian PSA pertama di Maghribi itu dilengkapi ekosistem automotif yang lengkap,” kata naib presiden PSA bagi wilayah Timur Tengah dan Afrika Utara, Jean-Christophe Quemard kepada pemberita.

Beliau berkata, dengan pelaburan 560 juta euro (AS$632 juta), kilang itu merancang untuk menghasilkan 200,000 enjin dan 100,000 buah kereta setahun menjelang 2020.

PSA Group menjangkakan 90% produk keluarannya akan dieksport, terutamanya ke seluruh Afrika dan Timur Tengah.

Ia adalah kilang kereta Maghribi ke-3. Renault Perancis mengendalikan kilang di Casablanca, mengeluarkan 80,000 kereta setiap tahun, manakala kilang di utara bandar Tangier pula menghasilkan 340,000 kereta setahun.