Putrajaya umum pengarah Cawangan Khas baru

Mohamed Farid Abu Hassan

PETALING JAYA: Kerajaan mengumumkan Pesuruhjaya Polis, Farid Abu Hassan akan mengetuai Cawangan Khas, menggantikan Abdul Hamid Bador yang memangku jawatan itu sebelum dilantik sebagai ketua polis negara.

“Pelantikan Mohamed Farid Abu Hassan sebagai pengarah Cawangan Khas berkuatkuasa 17 Jun 2019,” kata Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin.

Farid memasuki perkhidmatan polis pada 15 April 1979 dan berkhidmat selama 36 tahun dalam SB. Beliau juga berpengalaman dalam bidang siasatan jenayah dan pendakwaan.

Hamid Bador memangku jawatan itu selepas ia dikosongkan oleh Mohd Mokhtar Mohd Shariff yang bersara tahun lepas.