Bau kereta baru membahayakan kesihatan

Apabila kita membeli suatu barang yang baru, pasti akan berasa teruja kerana barang tersebut kebiasannya ada “bau kedai”.

Dan bau tersebut salah satu tanda yang memberikan gah kepada apa yang kita beli itu.

Antara “bau kedai” yang paling ketara sudah tentu apabila kita membeli kereta baru.

Namun adakah anda tahu bahawa bau itu boleh membahayakan kesihatan?

Dan ia sebenarnya tidak sihat untuk tubuh badan.

Dari mana datang bau ini?

Menurut sumber howstuffworks.com, sebenarnya bau kereta baru ni terhasil daripada campuran sebatian organik compounds vinil atau plastik serta permukaan di dashboard atau panel pintu.

Bau yang terhasil daripada campuran-campuran ini dikenali sebagai volatile organic compounds atau VOC, ini adalah punca dimana terjadinya “bau kedai” yang sering terdapat pada kereta baru.

Tetapi sebenarnya, mengikut kajian, “bau kedai” ni sebenarnya tidak elok untuk kesihatan kita dan boleh dikira sebagai bahan pencemaran udara.

Bau yang campuran VOC ini bukan sahaja terdapat pada bau kereta baru, malah terdapat juga pada produk rumah seperti cat dinding dan produk pencuci.

Dan biasanya bau ini ditemui pada udara dalaman.

Di dalam kereta pula, pelarut berasaskan petroleum adalah punca bagi “bau kedai” harum yang disukai ramai apabila mereka membeli kereta baru.

Menurut Janis Ambrose Shard, pegawai Color & Trim Toyota, bau kereta baru bukan sesuatu yang kita berusaha untuk mengadakannya.

Kebanyakan pengeluar kereta zaman sekarang juga cuba untuk mengurangkan bau VOC dengan pengunakan pelekat berasaskan pelarut kepada alternatif berasaskan air.

Jadi pada dasarnya, “bau kedai” yang kita banggakan selama ini sebenarnya boleh membahayakan apabila dihidu atau dicerna dan boleh menyebabkan kesan kesihatan yang teruk.

Jadi untuk anda yang baru beli kereta baru, adalah lebih baik anda memakai pewangi untuk menghilangkan bau VOC.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi?

Sila email ke [email protected]