Apa itu FFP dalam UEFA

Ramai yang masih keliru dan kurang faham apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan “Financial Fair Play” atau lebih dikenali dengan gelaran FFP selepas dua kelab kaya, Paris Saint-Germain dan Manchester City disiasat berkenaan dengan kes FFP.

Apa Sebenarnya FFP?

FFP diluluskan oleh UEFA pada tahun 2010, bertujuan untuk mengawal setiap pasukan bola sepak daripada perbelanjaan yang melampau sehingga boleh mengancam kedudukan kewangan pasukan tersebut.

Pada tahun 2011, UEFA mengetatkan lagi undang-undang FFP kepada pasukan-pasukan yang bernaung di bawah UEFA.

Senang cerita, salah satu syarat utama di bawah FFP ialah setiap pasukan tak boleh berbelanja lebih daripada jumlah keuntungan yang diterima oleh pasukan tersebut setiap musim.

Di bawah FFP, setiap pasukan kena menstabilkan kewangan pasukan menerusi belian dan jualan pemain, gaji, pendapatan menerusi siaran TV dan tiket perlawanan, cukai, dan juga sebarang keuntungan yang diperolehi menerusi aktviti komersial.

Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk stadium, kemudahan latihan, pembangunan bola sepak belia dan projek komuniti dikecualikan daripada FFP.

Denda Yang Boleh Dikenakan?

Kalau ada pasukan yang tak berjaya lepas syarat FFP yang ditetapkan oleh UEFA, antara denda yang boleh dikenakan termasuklah bayaran denda, digantung daripada membeli dan menjual pemain, pemotongan bayaran hadiah kejohanan, penolakan mata dan dikurangkan had pemain yang boleh didaftar untuk sebarang kejohanan UEFA.

Pada tahun 2014, Manchester City pernah dikenakan bayaran denda dan dikurangkan had pemain untuk kejohanan UEFA selepas gagal mematuhi syarat FFP.

Walaupun FFP ni nampak kejam sampai pasukan bola sepak boleh dikenakan macam-macam denda termasuk digantung daripada menyertai UEFA Champions League, sebenarnya ada juga kebaikan untuk masa depan.

Pemain tidak dijual beli dengan harga yang melampau dan boleh kawal hutang yang ditanggung oleh setiap pasukan.

Kesian bila tengok ada pasukan bola sepak terpaksa dibubarkan sebab hutang yang melampau.

Banyak dah pasukan-pasukan gempak dan padu pada tahun 90an yang tak jaga kewangan kelab dan sekarang ni terus merudum bersaing di liga bawahan.

Itulah yang terjadi kepada pasukan Portsmouth di England.

Sumber thelaki.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]