Kate Middleton tampil dengan ‘Dress Biru’ memukau pencinta fesyen

Fesyen keluarga diraja Britain, terutamanya Meghan Markle dan Kate Middleton sentiasa memukau perhatian sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan mereka.

Malah ada sahaja penampilan atau gaya terbaru mereka menjadi bualan masyarakat dunia.

Terbaru, Duchess of Cambridge Kate Middleton sekali lagi berjaya memukau dengan dress biru rekaan Elie Saab.

Wanita itu memadankan dress dengan topi dari rona yang sama, bersama sepatu tumit tinggi dan tas tangan clutch, memberikan elemen elegan dan anggun.

Duchess tidak menghadiri acara Royal Ascot pada tahu lalu berikutan melahirkan Putera Louis pada bulan April.

Kini beliau dilihat gembira menghabiskan masa bersosial dengan kaum kerabat diraja yang lain.

Royal Ascot adalah satu acara sosial yang paling dinanti-nantikan di United Kingdom.

Ia dihadiri oleh golongan elit serta anggota keluarga diraja.

Gambar: Getty

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]