Jabatan pendidikan siasat pelajar dirotan sehingga berbirat

Kesan birat yang kelihatan pada lengan dan peha seorang pelajar yang dirotan.

PETALING JAYA: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor sedang menyiasat kejadian di mana seorang pelajar sekolah menengah dilaporkan dirotan gurunya, meninggalkan kesan berbirat pada lengan dan pahanya.

Perkara ini disahkan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching, walaupun usaha untuk menghubungi JPN Johor dan sekolah terbabit untuk mendapatkan komen tidak berjaya.

Dalam video yang tersebar di media sosial, seorang wanita, yang dipercayai ibu pelajar berkenaan, mempersoalkan tindakan seorang guru lelaki yang merotan gadis itu.

“Anda tidak boleh rotannya seperti ini, lihat dia, lihat lengannya,” kata wanita itu sambil menunjukkan kesan birat pada lengan dan peha gadis itu.

“Kamu guru, kamu tidak boleh melakukan ini, kamu salah. Dia hanya berkata sesuatu kepada kamu, dia tidak memukul kamu, kan? Jika dia memukul kamu, maka tiada masalah kamu memukulnya.”

Guru tersebut bertanya sama ada wanita itu tahu apa yang dipanggil gadis itu kepadanya, yang mana dia berkata, “Ya, ah kua” (keperempuanan).

“Tetapi dia memohon maaf, tidakkah itu cukup?” kata ibu gadis itu.

Lelaki itu bagaimanapun berkata gadis itu hanya meminta maaf selepas dirotan dan selepas rakannya memberitahunya untuk berbuat demikian.

Foto dan video kesan birat pada tubuh gadis itu juga tersebar di media sosial.