Putrajaya teliti gesaan atur tentera ke Lahad Datu
Menteri Mohamad Sabu berkata Kementerian Pertahanan sedang membincangkan perkara itu dengan Majlis Keselamatan Negara.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (Kementah) sedang meneliti gesaan kerajaan negeri supaya kekuatan tentera pantai barat Sabah diatur ke pantai timur negeri itu bagi menangani ancaman lanun.
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata perkara itu sedang dibincangkan menerusi Majlis Keselamatan Negara.
“Perkara ini menjadi perhatian serius setiap kali perbincangan dibuat dalam MKN,” katanya ketika ditemui di majlis Aidilftiri Kementah 2019 hari ini.
Terdahulu, Ketua Menteri Shafie Apdal menggesa Putrajaya mengatur kekuatan tentera di Kem Lok Kawi, berdekatan Kota Kinabalu ke pantai timur Sabah, khususnya di Lahad Datu.
Sementara itu, berhubung isu “land swap” tanah milik Kementah, Mohamad berkata pihaknya menyerahkannya pada SPRM sekiranya terdapat penyelewangan.
Beliau mengulas kenyataan bekas menteri pertahanan, Hishammuddin Hussein menggesa pihak berkuasa menyiasat semua 16 pertukaran tanah, dan menyeru jangan ada siasatan dan pendakwaan terpilih.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Ditanya mengenai isu pembelian 6 helikopter bernilai RM300 juta pada 2015 yang sehingga kini belum diterima tentera, Mohamad berkata pengumuman akan dibuat jika ada perkembangan.