Tanah runtuh berdekatan Tanjung Bungah, 4 dikhuatiri maut

GEORGE TOWN: Satu kejadian tanah runtuh berlaku di satu tapak pembinaan off jalan pantai menuju Batu Feringghi.

Pihak berkuasa melaporkan 4 warga Myanamar dikhuatiri maut dalam kejadian 9.25pm itu.

Exco Alam Sekitar Phee Boon Poh berkata tapak pembinaan itu terletak berdekatan Lost Paradise Resort, Jalan Batu Feringghi menuju ke timur di sempadan Batu Feringghi dan Tanjung Bungah.

Beliau berkata pasukan bomba dan penyelamat serta pertahanan awam digerakkan untuk mengeluarkan 4 pekerja pembinaan yang dikhuatiri maut itu.

Menurut kenyataan bomba, tanah runtuh itu berlaku ketika pekerja sedang mengorek saliran di tapak pembinaan itu sekitar 9.20pm.