Telur baik untuk turunkan berat badan

Anda mungkin pernah diberitahu telur tidak elok untuk kesihatan kerana ia mengandungi kalori tinggi yang boleh menyebabkan penyakit seperti darah tinggi atau jantung.

Namun anda sepatutnya tidak perlu risau kerana telur sumber protien paling baik terutamanya kepada yang ingin mengurangkan berat badan.

Malah telur mempunyai pelbagai khasiat yang ramai tidak tahu termasuk ia kaya dengan vitamin D dan rendah kalori.

Telur juga kaya dengan vitamin D dalam meningkatkan metabolisme badan.

1. Kuning telur tingkatkan metabolisma

Ada daripada kita yang tidak gemar makan kuning telur tetapi sebenarnya ia adalah bahagian paling banyak nutrisi yang meningkatkan metabolisme, fungsi saraf dan perkembangan otak.

Umumnya, 1 biji telur mampu membekalkan kira-kira 145 miligram choline dan idea untuk memasukkan telur dalam sebahagian diet anda adalah paling tepat.

2. Kuning telur ada vitamin D

Kuning telur adalah sumber vitamin D yang memainkan peranan dalam menguatkan tulang dan imunisasi kepada manusia yang tidak banyak ada dalam makanan lain.

Dalam satu kajian dibuat pada 2018 juga menunjukkan kuning telur juga mampu mengurangkan masalah lemak di bahagian perut.

Telur tiada kandungan gula jadi untuk yang ingin berdiet apa kata masukkan telur dalam menu diet anda!

3. Telur makanan rendah kalori

Untuk individu yang sedang berdiet, telur sebenarnya boleh memainkan peranan kerana ia hanya mempunyai 72 kalori.

Dalam mengamalkan diet, protien dan vital vitamin sangat penting dan telur adalah sumber penting yang mempunyai 6 gram protien selain lemak yang diperlukan badan ketika berdiet.

4. Telur tiada kandungan gula

Kebiasaannya seseorang yang berdiet gemar mengambil makanan “sihat” seperti yogurt, bijian, roti yang sebenarnya masih mengandungi gula.

Tetapi berlainan dengan telur yang tiada kandungan gula – jadi untuk yang ingin berdiet apa kata ganti telur dalam menu sarapan anda.

Kuning telur paling banyak khasiat selain rendah kalori dan kaya dengan vitamin D.

5. Telur stabilkan kandungan gula dalam badan

Berita baik untuk mereka yang menghidap penyakit diabetes jenis 2!

Pengambilan telur dalam menu mampu menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Kajian menunjukkan pengambilan telur mampu mengurangkan rasa mengidam terhadap makanan walaupun selepas makan.

6. Pengambilan telur sebelum bersenam beri tenaga

Pasti anda ada rakan-rakan yang kaki gym suka makan telur sebelum mereka bersenam bukan?

Sebenarnya ia sangat membantu dalam memberi tenaga.

Ia juga dapat membantu dalam membina dan memperbaiki otot ketika bersenam.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]