Avengers Endgame akan ditayangkan semula 29 Jun ini

Berita baik buat peminat tegar filem Avengers, GSC dan TGV telah mengumumkan tarikh tayangan semula Avengers Endgame pada 29 Jun ini.

Pihak Marvel juga mengesahkan bahawa ia akan memaparkan intro khas daripada Anthony Russo, penambahan adegan baru dan juga video khas untuk “Spider Man Far From Home”.

Bagaimanapun jenis tiket, serta pawagam mana yang akan menayangkan masih tidak dikongsi.

Mereka hanya memaklumkan maklumat lanjut akan dikongsikan kemudian.

Tayangan semula ini mungkin adalah salah satu usaha Disney ingin menjadikan Avengers Endgame sebagai filem dengan kutipan tertinggi dan mengalahkan Avatar yang juga kini adalah filem mereka.

Endgame setakat ini memerlukan lebih RM150 juta untuk mengejar Avatar.

Jika dilihat pada jumlah RM150 juta, ia amat mudah untuk dicapai Marvel dengan peminatnya yang sangat ramai.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]