Kerajaan Warisan dibidas terus projek TAED, Empangan Papar

Presiden Persatuan Perlindungan Alam Sabah, Lanash Thanda.

KOTA KINABALU: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengkritik kerajaan Sabah kerana meneruskan 2 projek mega, iaitu Tanjung Aru Eco-Development (TAED) dan Empangan Papar.

Persatuan Perlindungan Alam Sabah (Sepa), Pasukan Petugas Menentang Empangan Kaiduan (Takad) dan Tanah Dahai secara kolektif menyifatkan langkah itu sebagai satu “pengkhianatan” terhadap rakyat Sabah.

Presiden Sepa Lanash Thanda berkata, tidak wujud ketelusan mengenai projek bernilai lebih 2 bilion itu.

“Projek Tanjung Aru jelas merupakan projek penting Barisan Nasional (BN) yang kini diambil alih oleh Warisan.

“Jelas dilaporkan di akhbar pada Februari 2017 bahawa Warisan akan menghentikan projek TAED. Ia tidak memenuhi janjinya dalam ‘Ubah”, yang merupakan intipati perubahan yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum ke-14).

Diana Sipail.

“Mereka kini kembali kepada gaya pemerintahan BN, iaitu janji kosong yang merupakan pengkhianatan besar terhadap rakyat Sabah yang mengundi perubahan,” katanya kepada FMT.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Peter Anthony menyebut dalam ucapannya pada satu acara di sini bahawa Empangan Papar diperlukan bagi memenuhi permintaan air yang tinggi pada masa depan, termasuk daripada TAED.

Lanash berkata, Ketua Menteri Shafie Apdal berjanji bahawa keputusan mengenainya akan mengambil kira pandangan rakyat serta kepentingan kepentingan kerajaan dan pelabur.

“Bila, bagaimana dan pandangan siapakah yang diambil kira? Bagaimanakah pandangan ini dikumpulkan?

“Setakat ini, tampak bahawa semua janji untuk membatalkan projek mega zaman BN gagal. Apakah ini legasi yang mahu diwariskan oleh Shafie sebelum penggal pentadbiran beliau tamat?”

Jurucakap Takad, Diana Sipail juga melihat penerusan projek Empangan Papar sebagai pengkhianatan terhadap rakyat Sabah.

Jurucakap Tanah Dahai, Mastupang Somoi.

“Kita akan terus membantah dan mengambil langkah perlu sekiranya projek itu diteruskan.”

Beliau mengingatkan Anthony bahawa alam sekitar dan cara hidup penduduk pribumi di tanah adat mereka adalah “warisan Sabah” dan berisiko terancam di bawah kerajaan Warisan.

Mastupang Somoi, jurucakap Tanah Dahai, yang merupakan gabungan komuniti yang menerima kesan alam sekitar berkata, kehidupan sejumlah besar orang akan terkesan dengan pembinaan empangan berkenaan.