Video lelaki dipukul hingga kejang tersebar di media sosial

Tangkap layar video memaparkan 2 individu memukul seorang lelaki. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Satu klip video memaparkan seorang lelaki dipukul melibatkan 2 orang lain tersebar di media sosial petang tadi.

Video 30 saat itu memaparkan seorang lelaki menarik rambut mangsa, mengheretnya ke tanah dan menendangnya, sebelum seorang lelaki lain melompat dan memijaknya.

Mangsa kemudian dilihat kekejangan sebelum video tamat.

Polis ketika dihubungi FMT berkata mangsa membuat laporan sekitar 6.12 petang tadi selepas video tersebar.

“Siasatan akan dijalankan,” kata Ketua Komunikasi Korporat, Urusetia Ketua Polis Negara, Asmawati Ahmad