Trailer rasmi terbaru Boboiboy The Movie 2 cecah 1.2 juta

Antara filem animasi Malaysia yang paling dinantikan adalah dari Animonsta Studios yang bakal hadir dengan filem animasi “Boboiboy Movie 2” yang akan ditayangkan pada 8 Ogos ini di seluruh pawagam Malaysia dan beberapa negara lain secara serentak.

Baru-baru ini juga pihak Animonsta akhirnya mengeluarkan Trailer rasmi mereka dan apa yang dapat dilihat di dalam trailer kali ini adalah penampilan lebih banyak watak utama penjahat yang dikenali sebagai “Retak’ka” sekaligus menjawab persoalan yang ada di dalam Teaser mereka sebelum ini.

Apa yang pasti, Retak’ka dilihat juga mempunyai kuasa elemental sama seperi Boboiboy dan perlu menyerang banyak planet untuk menguatkan lagi kuasa yang dimilikinya.

Setakat ini trailer rasmi mereka telah mencecah 1.2 juta tontonan.

Pengembaraan mereka kali ini pasti akan menjadi lebih menarik apabila lokasi pertempuran kini berada di galaksi dan bukannya di bumi dan ia bersambung dari siri Boboiboy Galaxy.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]