‘Annabelle: Comes Home’ filem terbaik untuk Conjuring Universe

Filem “Annabelle: Comes Home” merupakan filem wajib tonton buat peminat filem bergenre seram ini.

Filem “Annabelle: Comes Home” mengisahkan anak patung Annabelle yang dibawa balik oleh pasangan Ed dan Lorraine Warren untuk dibendung kuasa kejahatannya.

Akan tetapi, kuasa jahat Annabelle terbebas berikutan Daniela yang datang ke rumah tersebut telah membuka peti Annabelle disimpan.

Lalu, kuasa jahat yang berada dalam bilik tersebut juga bebas dan mula mengganggu dalam rumah tersebut dimana hanya ada Judy Warren, anak kepada pasangan Warren, Mary Ellen yang merupakan pengasuh kepada Judy, Daniela dan Bob.

Filem “Annabelle: Comes Home” ini digarap dengan sangat rapi dan padat dengan penceritaan sehingga anda tidak perasan masa berlalu walaupun masa tayangannya ialah 2 jam 40 minit sahaja.

Plot filem ini diambil dari waktu pasangan Warren menyiasat tentang Annabelle dan apabila Annabelle dibawa ke rumah mereka.

Walaupun filem ini penuh dengan adegan yang menampilkan pelbagai roh jahat dan aksi terkejut, tetapi ia turut menyelitkan humor yang “just nice” sepanjang filem ini.

Pastinya menerusi filem ini akan membuatkan anda berasa takut akan kuasa dan kemampuan Annabelle jika ia bebas.

Filem ini boleh dikategorikan berada dalam kelas seramnya tersendiri.

Malah, apabila pelbagai roh jahat yang muncul dalam filem ini menjadikan ianya berbeza dan membuatkan anda tidak cukup masa untuk berehat dari terkejut.

Sumber thevocket.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]