Umno Sabah gembira Zahid kembali galas tugas presiden, kata Bung

Bung Moktar Radin.

KOTA KINABALU: Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin menyambut baik Ahmad Zahid Hamidi kembali mengetuai Umno.

Bung Moktar tidak pernah menganggap presiden Umno itu bercuti, dan menambah ahli-ahli parti di Sabah gembira dengan keputusan Zahid.

“Sebenarnya, tidak ada cuti dalam perjuangan,” kata Bung kepada FMT.

“Saya harap semua ahli terima niatnya kembali memimpin parti,” katanya.

Beliau berkata Umno Sabah akan mengundang Zahid merasmikan mesyuarat di beberapa bahagian bulan ini.

“Dia akan merasmikan mesyuarat agung tahunan di 5 bahagian pada 30 Julai,” katanya.

Bung berkata pendakwaan rasuah Zahid tidak akan menjadi suatu masalah.

“Pertuduhan-pertuduhan itu dan politik perkara berbeza. Dia boleh menanganinya.”

Zahid dikenakan 87 pertuduhan rasuah. Ketika mengumumkan keputusannya semalam, Zahid berkata dia tidak kisah dengan senarai pertuduhan yang panjang itu.