99% Orang Asli dalam B40, Jakoa seru ‘participatory development’

Juli Edo.

KUALA LUMPUR: Sejumlah 99% Orang Asli berada dalam kumpulan B40 dengan kebanyakannya dalam kelompok miskin tegar, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Prof Juli Edo.

Jakoa berharap kerajaan dapat menunaikan Janji 38 dalam membela nasib Orang Asal seperti terkandung dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan, katanya dalam kenyataan.

Beliau memberi maklum balas kepada laman berita yang melaporkan mengenai keperluan keutamaan diberikan terhadap pembangunan masyarakat Orang Asli.

Katanya, sehingga pertengahan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), beberapa isu berkenaan pembangunan masyarakat Orang Asli masih tidak dapat diselesaikan.

“Semoga kerajaan dapat mengambil langkah yang lebih drastik, konstruktif dan bersandarkan ‘participatory development’ dalam merealisasikan pembangunan masyarakat Orang Asli,” katanya.