Hong Kong larang bekas pegawai Goldman Sachs Leissner seumur hidup

Tim Leissner ialah bekas pengarah Asia Goldman Sachs. (Bloomberg pic)

HONG KONG: Pengawal selia kewangan Hong Kong mengenakan larangan seumur hidup terhadap bekas pegawai Goldman Sachs, Tim Leissner untuk menyertai industri itu atas kesalahan yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Goldman disiasat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) atas peranannya sebagai penjamin dan pengatur bon 1MDB bernilai AS$6.5 bilion.

Leissner bersama seorang lagi bekas pegawai Goldman, Roger Ng dan pembiaya dari Malaysia, Low Taek Jho didakwa di AS atas tindakan mereka yang dikaitkan dengan 1MDB.

Leissner mengaku bersalah pada Ogos tahun lalu.

Suruhanjaya Sekuriti dan Niaga Hadapan Hong Kong (SFC) berkata, ia menganggap tindakan Leissner “kurang kejujuran dan integriti yang serius” serta mempertikaikan kelayakannya sebagai seseorang yang bertauliah.

Jurucakap Goldman Sachs berkata, Leissner sengaja menyembunyikan aktiviti tertentu daripada bank dan berulang kali melanggar dasar serta prosedur.

“Kami terus bekerjasama dengan semua pihak berkuasa dalam perkara ini.”