David Beckham ‘fragrances’ kini berada di pasaran Malaysia

Siapa yang tidak kenal dengan David Beckham, beliau sudah tentu pemain bola sepak terkemuka satu masa dahulu.

Kini David Beckham tampil membuat kemunculan sulungnya di Malaysia dengan wangiannya sendiri.

Minyak wangi yang di reka oleh syarikat minyak wangi mewah iaitu Coty International merupakan pembuat minyak wangi Gucci dan Hugo Boss kini bersama-sama dengan David sendiri mengeluarkan wangian David Beckham Fragrances.

Aroma terbaru daripada David Beckham ini memberikan aspek istimewa yang tersendiri.

Malah minyak wangi keluaran daripada David Beckham ini terdiri daripada 4 rangkaian aroma iaitu instinct, Homme, Respect dan Classic.

Minyak wangi ini di rumus khas untuk kaum lelaki yang tekad dalam mengejar cita-cita dan impian mereka.

Di tambah pula dengan kempen David Beckham yang bertemakan “Suit Up” ini memberi inspirasi dan galakan kepada semua lelaki di Malaysia untuk meningkatkan keupayaan diri menerusi kerjaya, gaya, perhubungan dan sukan.

Untuk pengetahuan semua, terdapat beberapa orang yang telah mencuba wangian David Beckham ni dengan berinspirasikan kempen “Suit Up”.

Gara-gara bahana wangian David Beckham ini, semua lelaki di Malaysia di galakan untuk menyahut cabaran “Suit Up” dengan #SuitUpChallenge.

Bagi mengikuti cabaran ini, anda hanya perlu memuat naik gambar SEBELUM dan SELEPAS “Suit Up” ke akaun media sosial dengan hastag #SuitUpMY dan #DavidBeckhamFragrances bagi merebut hadiah lumayan!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]